Overnight
Assalamualaikum :) 1.12 a.m. Selamat emm malam eh pagi. Apabila orang lain sedang lena dibuai mimpi indah, aku disini tidak mampu untuk merasainya kerana emm aku belum tidur lah. Tak boleh tidur walaupun aku dah try pejamkan mata. Mana tak bolehnyaa, gua tidur petang tadi. Hmm, bila sengsorang ni mula ahh nak pikir macam-macam. Fefeling terox terox. yeahh, tu hobi aku aahh. Sehari kalau tak pikir bukan bukan, tu mmg bukan Alyn la kann. Pada ketika ini, aku cuba untuk memulihkan fikiran yg agak serabut. Merehatkan hati yg terluka seperti ada yang sedang mencincang. Menenangkn jiwa yg berduka lara. Mungkin hari nie aku agak emosi, Bukan datang matahari, bulan purnama, taufan atau sebagainya, bukan untuk menengking dan juga bkan untuk memarahi atau sidekick. tetapi sekadar ingin meluahkan apa yg terpendam dilubuk hati ni haa. Ceyhh ayat gua. Hmm jangan tanya kenapa aku jadi cemni. Saja fefeling k. Sejak bermenjak menjak ni kan, aku rasa emm rasa sunyi laa. Rasa tak happy mcam dulu, rasa down jaa sentiasa. Happy tu ada la sikit tapi dpat rasa kejap ja laa. tu pun bila dengan kengkawan, family etc. Ada orang ckap, aku dah berubah sejak kebelakangan ni, hmm entahlah. Aku pun rasa ada yang tak kena tapi taktau benda apa yang tak kena tu :( Tapi tak elok laa dok sedih jaa selalu kan. Luaran mmg laa korang nmpak aku okay, mcam takdak apa apa, tapi kat dalam? korang tahu? tak tahu k. Aku selalu berharap yang semua nie jadi macam biasa balik. Aku rindu semua tu. Tapi BILAAAAAA! Hmm. Sokay, taknak la brhrap sngat. Nnti sakit kalau tak dpt. Korang jangan pendam tau, Sumpah aku ckap, sakit Ya Rabbi, tapi apakan daya, trpaksa jugaklah menanggung sensorang. Haa sudah, kang aku tulis merapu pulak. Selamat malam dunia :D